Sunday, December 31, 2017

Berlabuh Tirai 2017

Alhamdulillah dipanjangkan usia sepanjang tahun 2017. Terima kasih Allah atas nikmat dan anugerah sepanjang tahun ini. Terima kasih atas rezeki yang diberikan kepada Mimie dan keluarga.

Sepanjang tahun 2017 banyak kenangan yang dicoretkan. Kenangan bersama keluarga tercinta, kenangan bersama rakan-rakan sekerja dan semua kenalan lama dan baru.

Alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang dipinjamkan sepanjang tahun 2017 dan tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulillah atas rezeki yang dilimpahkan kepada Mimie dan keluarga. Alhamdulillah Allah untuk segala-galanya..

Azam tahun 2018...?????

Semoga diberikan keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah dengan lebih dan lebih lagi... Semoga segala yang dirancang dipermudahkan Allah dan sentiasa mendapat rahmat dan lindungan Allah sepanjang masa.

Selamat tinggal 2017.. Selamat Datang 2018.. 🎉🎉🎉


Sunday, November 5, 2017

Matured

Matured ataupun matang bukan kita yang nilai sendiri. Bagi sesetengah orang terasa diri sendiri dah matang dan move on tapi hakikatnya matang itu dilihat oleh orang lain disekeliling kita dan bukan penilaian kita sendiri. Kematangan seseorang itu dapat dilihat melalui perwatakan, percakapan, penulisan seseorang.

Blog Mimie ni memang dah lama sangat tak dicoret. Kebanyakan aktiviti Mimie dan keluarga lebih banyak diabadikan ke dalam instagram. IG Mimie pulak memang public post semua boleh tengok dan jadi stalker. Mengabadikan kenangan Mimie, suami, anak-anak dan keluarga dalam ig memang sangat Mimie simpan untuk kenangan masa depan.

Keluarga, kerjaya dan kawan-kawan sangat Mimie uruskan agar semuanya seiring dengan matlamat dan hala tuju hidup Mimie. Dikurniakan suami yang sangat bertolak ansur dan memahami rutin aktiviti pejabat Mimie dan membantu dalam menguruskan anak-anak di sepanjang Mimie melaksanakan aktivit pejabat.

Kami suami isteri penjawat awam. Ada masa suami sibuk dan ada masa Mimie yang sibuk. Meeting, function dan outstation kami berganti ganti tapi anak-anak tetap diutamakan. Tak ada pengasuh yang jaga anak-anak semasa kami outstation sebab anak-anak kami ke taska. Anak-anak tak pernah bermalam di rumah pengasuh sebab kami tiada pengasuh hanya tadika dan taska yang beroperasi waktu ofis hour sahaja. Alhamdulillah Allah mudahkan kami suami isteri bertolak ansur dalam urusan keluarga dan kerjaya.

Oleh itu, jangan la kita nak bandingkan perjalanan hidup kita dengan perjalanan hidup orang lain. Memang takkan sama. Rezeki, jodoh, kerjaya semua Allah dah aturkan. Bersyukur dengan apa yang ada. Cukup la buat perbandingan cara hidup masing-masing. Kehidupan kita takkan pernah sama. Jangan pernah ada hasad dengki dan iri hati dalam hidup.

Monday, October 9, 2017

Tragedi Oktober Mama Mimie

Permulaan hari yang tak berapa nak ok hari ni. Semoga kesudahan hari akan menjadi lebih baik dan baik hendaknya...

Biasa la mak mak waktu pagi kelam kabut dengan anak-anak, Ahamdulillah ada encik suami tolong uruskan anak-anak pagi ni sepertimana hari-hari yang sebelumnya. Tapi kelam kabut hari isnin ni biasanya lain macam sikit huhuhu.. Bukan apa.. Nak tune balik cuti 2 hari hujung minggu kepada mode kerja dan sekolah anak-anak. kannnn...........

So pagi ni seperti biasa 6.30 pagi dah bergerak dari rumah menuju sekolah anakanda sulung Mimie ni. Kemudian hantar Arissa ke taskanya. Baru la Mimie gerak ke pejabat Mimie. Tapi sebelum keluar rumah tu, si kecil Arissa telah menderaikan sebijik wise pad Mimie semasa tengok Omar Hana dan Baby Shark. Adeeehhhhh.. Sakitnya mata mama melihat retak pada pad tu. Sakit lagi hati menikam-nikam sebab wise pad baru sangggaaaattttttttt.... Tak sempat mama nak letak screen protector. Hurmmm.... Alahai anak...

Disebabkan keretakkan wisepad tu, Mimie tertinggal bag kerja Mimie. Hurmmm.. (Nak salahkan anak ler tu. Padahal kecuaian sendiri...) 😭😭😭 Mimie ni bukan kaki bawa handbag. Beg galas Mimie ni ada pas kerja, handphone, purse, lain-lain aksesori kerja. Camne boleh tinggal....????? Sebenarnya susah hati telefon tinggal. Macam-macam hal kerja dalam tu. Panas punggung duk ofis takde phone...

Sampai ofis lebih kurang 7.20 pagi tadi terus call encik suami guna phone ofis. Alhamdulillah Encik Suami alert beg tu tertinggal dan tolong bawakan hari ni. Tengah hari ni dating dengan En. Suami la sebab nak pulangkan beg Mimie tu. Thank you la pada beg Mimie. Kalau tak sebab beg ni confirm tak dating lunch hour dengan Encik Suami jap lagi (^_^) <<<< Ehhh.. Perkara baik dah datanggg (Dating dengan shubennn)

Monday, July 17, 2017

Semangkuk @ Batang Benar

Hai semua.. Lama tak bersiaran. Hari ni Mimie nak review jalan-jalan cari makan di sebuah gerai makanan yang terletak di Batang Benar, Negeri Sembilan. Kalau dari Nilai menghala ke Mantin. Dekat simpang sebelum ke highway LEKAS.

Kedai terletak tepi jalan. Senang nak akses dan parking. Menu best kat sini Mee Udang. Serius sedap. Kuah pekat dengan sedap tak terkata. Pendek kata, confirm akan repeat lagi. Mee udang ada banyak pilihan.. Mee Udang biasa, mee udang special (mee dan kuah lebih), mee udang banjir (ada 10 ekor udang), mee udang tsunami (30 ekor udang semangkuk).

Selain tu, boleh try kacang pool JDT. Kacang pool banyak daging dalamnya. Cicah pulak dengan roti tebal. Pergghhh sedap terbayang-bayang.. Kalau nak cuba menu lain pun jokeh. Nasi lemak sambal kerang dan ayam kampung pun ada. 

Minuman pun banyak pilihan. Ada durian milkshake, air kelapa janda pulang dan banyak lagi pilihan. Korang nak datang bawa family baru syok makan ramai-ramai kat sini. Okay.. Jom layan gambar..



Thursday, July 13, 2017

Salam Aidilfitri 2017

Assalamualaikum semua,

Dah semakin suram blog Mimie ni. Semakin hati semakin tak ada masa nak menulis. Sibuk dengan kerja, keluarga dan rutin harian.

Selamat hari raya buat semua kenalan dan muslimin muslimat semua. Harap tak terlewat mengucapkan salam lebaran tahun ni. Tema tahun ni kami sekeluarga adalah mint green. Tahun ni Mimie pilih warna tema sebab tahun lepas encik suami dah pilih warna tema raya.

Makan-makan raya kat rumah inshaaAllah dalam perancangan. Kena susun jadual dan masa yang sesuai.

Oh alang-alang nak menulis ni nak share juga yang hari ni Mimie ada temuduga bagi jawatan gred 44 dalam perkhidmatan awam. Semoga Allah permudahkan urusan Mimie dan keluarga.  Ok semua.. Jumpa lagi yer 😊











Wednesday, May 24, 2017

Ramadhan Hampir Tiba

Alhamdulillah Ramadhan hampir tiba. Dah semakin berhabuk blog Mimie sekarang. Kekangan waktu membataskan untuk mencoret di dalam blog ni.

Banyak perkara nak cerita. Tentang perkembangan anak-anak. Kehidupan sekarang. Alhamdulillah semua baik-baik atas kehendak Allah. 

Ramadhan dah hampir tiba. Persiapan raya pun dah settle. Ambooii kemain laju lagi ek bab baju ni. Tahun lepas 5 persalinan setiap sorang. Mak dan anak-anak dara kemain melaram untuk raya. 

Tahun ni raya rumah mertua di Dungun, Terengganu. Baju ray baru 2 pasang sorang. Eehhh?? Baru dua pasang. Tak boleh lawan tahun lepas 5 pasang huhuhu. Tak kisah la berapa pasang pun janji dapat beraya dengan ayahanda bonda adik beradik mertua dan ipar duai amat bermakna..

Warna baju raya tahun ni???? Nanti la decide. Kena pilih baju mana nak pakai di pagi raya hehehe.. ok semua. Selamat Menyambut Ramadhan dan semoga kita semua manfaatkan bulan mulia dan penuh rahmat ni. Jom kumpul pahala 😊😊😊

Tuesday, April 11, 2017

Cuti Sekolah Syurga buat Anak-Anak


Zaman kanak-kanak adalah zaman yang sangat indah bagi seorang kanak-kanak. Terutama sekali bila dapat berkumpul dengan sepupu sepapat di waktu cuti sekolah. Tak terkecuali anak-anak Mimie dengan sepupu mereka.

Masa kecil dulu, Mimie dan adik beradik balik kampung adalah masa yang paling dinanti. Dapat jumpa sepupu-sepupu. Time tido paling best. Kat ruang tamu rumah arwah nenek penuh beratur tersusun bantal atas toto untuk tido. Masing-masing dah chop tempat masing-masing. Tido beramai-ramai. Dulu masa ada arwah nenek suka gosok-gosok kepala Mimie dan sepupu lain sampai tertido. Kadang-kadang tu cari tempat dekat nenek, so dapat la belai-belai gosok kepala sampai tido oleh nenek. Rindunya kenangan tu..

Sekarang bila tengok anak-anak dengan sepupu mereka terasa cepat masa berlalu.. Zaman kanak-kanak Mimie dah bertukar tangan kepada anak-anak Mimie. Seronok tengok mereka bermain, bergaduh lepas tu baik semula, merajuk, makan beramai-ramai.. Semoga anak-anak semua sentiasa gembira hendaknya.
WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG